UNDI JOHOR

Sebuah inisiatif dibawah Undi Negaraku & UNDI18 untuk menggalakkan penglibatan anak muda Johor bagi membudayakan amalan demokrasi.

Sebuah inisiatif dibawah Undi Negaraku & UNDI18 untuk menggalakkan penglibatan anak muda Johor bagi membudayakan amalan demokrasi.

johor
pulang mengundi

Kempen Johor Pulang Mengundi dijalankan antara kerjasama persatuan-persatuan belia yang ingin menutup jurang akses demokrasi dan politik untuk anak muda.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada kali ini adalah sangat penting kerana ia adalah penentu kerajaan negeri Johor yang akan dibentuk dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.

Di samping itu, pelaksanaan UNDI18 yang telah diwartakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 14 Januari lalu menjadikan PRN Johor buat julung kalinya akan melibatkan anak muda dalam kalangan usia 18-20 tahun untuk terlibat sama dalam menjadi pengundi atau pemilih.

Dengan pelaksanaan UNDI18 dan pendaftaran pemilih automatik, ia melibatkan pertambahan hampir 750,000 pengundi baharu merangkumi 30% pengundi Johor sedia ada semasa PRU-14.

Pertambahan pengundi baharu yang majoritinya dalam kalangan anak muda yang buat kali pertama akan melaksanakan tangunggjawab mereka sebagai pemilih dalam siri PRN Johor kali ini sudah tentu bakal menjadi cabaran dalam memastikan jumlah peratusan keluar mengundi dalam golongan ini tinggi.

siapa kami ?
undi 18

Undi18 ialah gerakan pemuda Malaysia yang telah berjaya melobi Kerajaan dan Parlimen Malaysia untuk meminda Artikel 119 (1) Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan usia pengundian minimum di Malaysia dari 21 hingga 18 tahun.

Matlamat utama program Undi18 adalah untuk mengembangkan kecekapan (pengetahuan, kemahiran, sikap) belia Malaysia tentang cara mengatur dan menjalankan aktiviti yang bertujuan untuk memotivasi dan mendidik anak muda mengenai (aktif) kewarganegaraan, pendidikan tentang pilihan raya dan penyertaan dalam politik, kehidupan ekonomi dan sosial melalui pembelajaran dan simulasi pengalaman.

arus anak muda

Arus Anak Muda merupakan organisasi anak muda atau pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2020 oleh sebilangan anak muda dari latar belakang yang berbeza . Arus Anak Muda bergerak aktif menggerakkan aktiviti aktivisma menerusi program advokasi dan pengkaderan.

Fokus kami adalah untuk menjadikan arus sebuah platform untuk anak muda dari segenap lapisan masyarakat untuk melibatkan diri dalam proses pembinaan negara. Walaupun berbeza pandangan dan ideologi, kami percaya bahawa sebuah platform yang mengumpulkan anak muda dari pelbagai latar belakang mampu membuka ruang pemikiran yang lebih bebas untuk proses demokrasi dan reformasi.

Selama 2 tahun ARUS ditubuhkan, pelbagai inisiatif telah dijalankan seperti inisiatif Connect Rakyat , Projek Rakyat Kenyang , Projek MSMB dan Bantuan Misi Banjir yang merangkumi segmen politik, pendidikan , bantuan bencana , kesihatan mental dan lain lain.

y politics

Ypolitics merupakan gerakan belia bersifat multi-partisan dan bebas yang tekad untuk menjana belia Malaysia yang lebih berkesedaran politik.

Misi kami berteraskan peningkatan penglibatan politik dalam kalangan belia Malaysia dan penghebahan tentang ilmu dan informasi – tentang perbadanan kerajaan, kedaulatan rakyat, kedaulatan undang-undang, kebebasan awam – bagi memastikan penglibatan politik yang berkesan.

tabung PULANG
MENGUNDI JOHOR

Tabung Pulang Mengundi Johor merupakan inisiatif dalam menyediakan dana sebagai bantuan mobilisasi kepada anak muda khususnya yang akan pulang mengundi dalam PRN Johor kali ini.

Kami sedia maklum bahawa golongan anak muda dalam lingkungan 18-20 tahun kebanyakkannya merupakan masih penuntut universiti dan tiada sumber pendapatan yang kukuh untuk dilaburkan sebagai kos tambang untuk pulang mengundi termasuk anak muda Johor yang baru memulakan pekerjaan di luar negeri Johor.

Justeru, inisiatif ini akan membantu mengurangkan beban kewangan mereka untuk pulang mengundi di Johor dimana mereka akan diberi bantuan kewangan untuk menampung kos pengangkutan mereka.

Sumbangan Undi Johor

RM1,845 of RM50,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM10.00

DESIGNED BY RAKYAT, FOR RAKYAT!

Sumbangan Undi Johor

RM1,845 of RM50,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM10.00

PERMOHONAN SUDAH DITUTUP