PILIHAN RAYA JOHOR 2022

undi pos
prn johor

PRN Johor kali ini dilaksanakan ketika wabak Covid-19 masih membelenggu Malaysia dan dunia walaupun ianya telah diisytiharkan sebagai endemik.

Buat kali pertama, rakyat Johor yang berada di Singapura akan dibenarkan untuk pendaftaran undi pos oleh SPR kerana wabak ini yang mengekang mereka untuk pulang secara beramai-ramai.

Dianggarkan hampir 200,000 rakyat Johor yang berada di Singapura layak untuk undi pos setelah mereka mendaftar akaun dalam MySPR.

Justeru, satu koordinasi dalam mempromosikan Undi Pos PRN Johor untuk diambil perhatian oleh rakyat Johor yang menetap di luar negara khususnya negara jiran Singapura untuk mereka segera mendaftar akaun MySPR dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab mereka.

debat umum
prn johor

Debat Umum PRN Johor akan menampilkan pemimpin-pemimpin negeri Johor sama ada bertanding sebagai calon atau tidak daripada pelbagai latar belakang faham politik mereka untuk terlibat sama dalam sesi debat umum dengan topik atau isu-isu berkaitan.

Inisiatif ini akan menggalakkan amalan budaya demokrasi memandangkan kempen atau ceramah umum yang terpaksa diterhadkan berikutan wabak Covid-19.

Wakil parti politik yang terlibat terbuka untuk menyatakan pandangan atau pendirian mereka terhadap topik yang dibincangkan dan terpulang kepada penonton khususnya pengundi PRN Johor untuk membuat penilaian hasil daripada sesi debat umum tersebut.

sesi advokasi fizikal
prn johor

Sejak daripada dulu apabila berlansung pilihan raya, sesi secara fizikal lazimnya dikatakan cara yang paling efektif untuk mendekati pengundi atau pemilih.

Namun, akibat SOP yang ketat terdapat kekangan dalam menjayakan aktiviti fizikal berskala besar.

Sehubungan dengan itu, inisiatif ini merancang untuk mendekati pengundi PRN Johor khususnya dalam kalangan anak muda dengan mengadakan sesi sembang santai di tempat umum bagi mempromosikan agenda demokrasi kepada mereka.

DESIGNED BY RAKYAT, FOR RAKYAT!

Sumbangan Undi Johor

RM1,845 of RM50,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM10.00

PERMOHONAN SUDAH DITUTUP